Tuesday, July 5, 2011

#71 ^dusta kau sungguh jijik dari iris ku^

saya punyai kesayangan saya sendiri.
sahabat saya. kekaseh saya. jiwa saya.
tak lari dari kesibukan kota tempat peninggalan walaupun hanya menjengah suku kekotaan.
walaupun pekikan dan lolongan sang sahabat yang sering meluahkan cebisan kata-kata dusta dan nescaya saya terima segala.
sayang sahabat. rindu sahabat.
dipeluk dipegang dipandang ditendang.
sahabat disayangi itu bukankah perlu dihargai? perlu disanjung?
di turuti? bukan untuk dikasari. tapi hingga bila?
ada tika kita puas bila ianya benar-benar menyesakkan dada. hingga kita rasa aman damai tanpanya. bersua di laman maya yang akhirnya kita kurangkan pahala serta memakinya apabila kita sungguh jelik dengan pekik dan lolongan mereka yang sungguh mengguris hati.
kite leka dengan dunia yang makin mengagngu emosi kita. kita terpengaruh dengan segala. sampai kita akan alpa dengan sahabat kita, yang sedetik cuma kita berjaya meyakinkan yang kita sempurna hingga kita rasa boleh mula lupakan segalanya...
sampai masa kebenaran terbentang luas. segalanya dihisab, justeru perlukah jari di manfaat hanya untuk orang? hah. baik dan mulia spertinya...
akhirnya ia nampak songsong kerana ia bukan dimanfaatkan untuk bekerja meraih pahala tetapi di sangkal dengan dihulu kan pada manusia lain. amboi. khilaf nya..
sememangnya jari untuk dituding?
sesengkang mana pun manusia akan di bekalkan agama, iman, akal. pilihlah jalan yang diredhai.
Tak guna
membuka buku
menutup mata.
Kan elok
menutup buku
membuka mata?

segala boleh diperbaiki. mudah-mudahan.
InsyaALLAH.


sedikit kata-kata nista.
maaf dipinta jika ada yang terasa.
ok. dah boleh stop merepek. bye!

0 comments:

Post a Comment