Thursday, July 29, 2010

#33 ^look and like^

seharian bergelak sakan.
si rakan yang kerap tersasul.kami nie hobi membaca novel. maka mulut nie dok sebut2 la dapat Ptptn nie nak beli novel baru yang dah key in dalam list.
yang mmg tak boleh blah! si rakan yang dok sebut2 brand novel yang nak beli tu sepatut nya Alaf21 dan 'kaki novel' tapi yang di carutkan mulut si dia 'kaki wayang' plak.
so suck!! layan je la....
kaki wayang pn kaki wayang la.. tp mmg dah rutin jgk dok tgk wayang tiap minggu.tak kira la ngn rakan2 or si chenta bermata sepet itu..

*siap berkemas utk pulang ke Taiping bas jam 11:30.
doakan gades selamat sampai.
bye!!

Selamat tinggal Shah Alam.

Raintown!! I'm coming....

#32 ^luve and miss u^


miezah mama



sedang kemas2 barang.
30hb July/Sabtu nie mama nak operation.
so nak beli tiket balik Taiping esok malam.Jumaat pagi hantar mama masuk wad.
al-maklum la ayah kerje kat seremban tu susah amik cuti.
limit cuti sehari dalam sebulan. so kene tunggu ayah balik hari minggu je.
so gades akan balik hantar mama masuk wad hari jumaat.

hopefully!!
mama sihat.walaupon operate kecik ciput kat tangan je tapi hati tetap susah.
sape tak sayang kat mama kan!ade ke yang tak sayang ibu sendiri?
sila tampar muka kau laju2 kalau kau tak sayang mak kau!!
kau manusia ke tenuk hah!
*cehh, emosi plak kan.

mama, kalau mama bace blog kakak nie....
kakak doakan mama sihat sebelum dan selepas pembedahan.
kakak sayang mama! kakak rindukan suara mama bising suruh bangun pergi sekolah walaupon dah gerakkan kali ke5. mama marah kakak sbb kakak selalu gaduh ngn adik2 sbb kakak je asik basuh pinggan ngan sidai kain. kakak selalu merajuk dan nanges sorg2 dalam bilik sbb mama tak tunaikan permintaan kakak yg mama janji nak belikan. mama selalu pesan suruh simpan duit belanja sbb kakak paling boros bab beli barang, kakak rindukan mama selimut kan kakak bile kakak dh tido sedang kan time tu kakak buat2 pejam mata, terima kasih jugak kat mama sbb akan tutup lampu bile kakak dh betul2 tidur sbb mama tahu kakak takot tidur gelap.tapi sekarang nie kakak banyak buat semua sendiri bile dah tak duduk sekali ngn mama. kakak bgn pergi kelas sendiri, kakak tak gaduh dgn adik2 dah tp diorg akan text kakak soh kakak balik nak ajak g mana2,nak suruh beli itu ini utk habiskan duit kakak and diorg akan cite ape yg diorg buat kat Taiping tu yg diorg tak bagi tahu mama tp bg tahu kakak. tapi perubahan bile dh besar nie, bile kakak balik mama mesti ajak kakak g mane2 yg mama nak pergi sbb adik2 dah tak nak ikut mama. yg beby tak leh tinggal ngn skate park nye, yg bebeng tak leh lepas motosikal. ade je keje nak buat. tapi tak pe, kakak ade temankan mama kalo mama nak pergi mana2. best jgk! sbb bile ikut mama, mama belanja makan sedap2, dapat je ape yg nak, buleh ajak g jalan2 window shooping!
beby ang bebeng, buueekkk!! kan untung aku.hahaha
*dalam ketawa mata masih bergenang air mata. luahan yang sebak.
kakak sayang mama.

Sunday, July 25, 2010

#31 ^hate this time^

OMG!!
my lappy dilanda, diserang, di gempur, di tawan oleh perosak otai tahap maximum. nak kate virus, tak kot! nak kata window pirate, mybe!
not my fault!!
angkara si abang yang belikan lappy ini utk gades.so hanya dia yg tahu.
yang memeritkan kepala sekarang nie, insan bernama si Raja suruh format je.
shit!! habes la data, software, assgnment, gambar2 lucah, video2 porno.
hahaha. macam layan xxxxx filem plak kan?
tak ade makna nye! gambar2 photoshoot segala bagai semua dalam lappy.
ntah dapat ke tidak si Raja tu selamat kan data lucah semua tu.
hopefull berjaya supaya gades buleh update blog tiap hari.
Raja, nanti gades tinggalkan lappy dua hari dalam jagaan kamu,jaga baik2 dan buat elok2 ya.jangan skodeng gambar2 lucah gades bersama sang rakan2. malu!
sbb kami tak hot!
By The Way.....
i be grow up now!!!
perbaiki diri sendiri untuk kebaikan sendiri dan orang lain.
buleh tak mahu tinggi macam girafah? merepek!
*rase nak masukkan muka dalam mangkuk jamban dan flush 44 kali supaya kerisauan mengenai lappy dapat dilupuskan dari benak yang semakin penuh dengan isi-isi tersurat dan tersirat.

Thursday, July 22, 2010

#30 ^i'm fine'

wahhh.. semakin terbuai dan hanyut oleh angin monsun.
macam nak bagi tahu je ciri2 kat mane lokasi membawa hati yang lara nie plak kan.tak jauh pun. jalan kaki je sampai jumpa laut.
very heppy, so cold and calm, enviroment be sapport me.
so gud..gud..
macam kanak2 tadika dapat gula2 batang yang hujung ade ikat cincin batu permata yg macam2 warna n tak tahan walau sehari..hahaha

gades maseh di bumi Mesia.
tak ke lambok ikut mamat2 endon yang muka cm pembunuh bersiri.
tak pulang ke old town/Parit Buntar mahupun bandar warisan/Taiping berjumpa si chenta yang mata sepet macam warga nepal tu kan.

gades senang bersendirian.



gades makin tersenyum.
terima kasih kepada insan yang belanja gades makan satay n old town.
bagi khidmat menyewa kereta secara percuma.
tq so much ya!!

kini tidak beremosi dan mula kenal diri sendiri dan diri orang lain.
tidak mudah melatah di kemudian hari.
i be my self!

Tuesday, July 20, 2010

#29 ^hell!^


EMOSI sedang mengawal pemikiran!

gades sedang dalam mood

MARAH!!



*JANGAN SIAPA2 MAHU BERANI2 MENCABAR KESABARAN TIKA INI!

#28 ^ e m o s i ^

sumpah tak cool bile baling pensil, pemadam, scatching book, wallet.
semua yang ade depan mata!!
gades EMOSI sangat!
punca? biarkan simpan dalam hati.
kerana sayang, kerana persahabat, kerana penghargaan, kerana penghormatan.
gades simpan dalam hati.biar gades sakit tapi demi jaga hati kamu, gades telan. mahu di luah takut kamu terasa.
senyuman gades di bawa lalu. . . .
lihat senyuman ku.
tapi kerana kamu, biar diragut senyuman itu.



tak pe la, biar la.
gades pernah amik kira ke? heran ke?
dah la. baik gades wt hal sndr. senang hati. tak kacau org. gades gembira!
thanks to my chenta, sentiasa di sisi dan tak letih membebel cm nenek kebayan!
i u!

sekarang nie, dari pikirkan emosi yang melanda baik pergi tenangkan fikiran.
don't disturb me okeh!!

kak hana
kak anis
kak ma

miezah mintak maaf atas segala salah silap, terlanjur kata yang menyinggung perasaan tua anda, tak tahu salah siapa, mungkin miezah terlalu invite.
jangan touching lbh2 taw!
miezah pergi kejap je. jangan risau, miezah kat2 sini je.
miezah tak pergi mana. cuma bawak diri.
miezah tak balik taiping, tak balik rumah ayah, tak pergi wat benda x btl.


miezah pergi dulu.
doakan keselamatan miezah selama miezah tak ada ngn sume. . . .
assalamualaikum.

Monday, July 19, 2010

#27 ^beby^

Lihat! sekejap je gades dah dapat respond dari si adek. baru update blog smlm, tadi dh dapat feedback.
sunnguh laju ngalah kan Clark Kent dalam Smallville. fuhhhh....






Muhammad Hans

Muham

mad Hans for beby: aku belikan Shirt je la eh.tapi bukan macbeth tu la.sbb hang dh ade.*lagipon kopak la duit aku!!aku beli kan Shirt uptown buleh tak? sbb sem lps aku bg Shirt New Balance n pencil case Converse supaya hangpa rajin belajar.

Yesterday at 4:32pm · · · See Wall-to-Wall
Muhammad Hans
Muhammad Hans
ak nk PDI
Yesterday at 4:32pm · ·
PaPa JeNg Go
PaPa JeNg Go
PDI kt ipoh pn ada..hehehe
21 hours ago · ·
Gades Gigi Besi
Gades Gigi Besi
ye la...
nanti aku beli kan...
Yg 2 RM59 dah la....hahahaha
50 minutes ago · ·



beby: ye la. nanti aku belikan Shirt PDI kat hang yang ade tulisan PDI besar2 tu! puas hati? cukup tak?

Saturday, July 17, 2010

#26 ^new name^

hai..hai...
i have new name.
selama nie sekian maklum my name Hamizah@ miezah or gadesgigibesi/gades je kan.nama dalam surat beranak ke, dalam iC ke,dalam permit ke, sume la.
tapi tetiba terasa nak gelak guLing2 dalam kereta semalam otw nak g JJ tgk muvie.dalam kesesakan jem stroberi, dapat msg form my belove litle brother.

beby: gemo dah bankin.
gades: sure ke masuk account aku?
baby: ha la..dia tlis situ gojez al unzaleh.
gades: bongok ah hang! dah ah, aku otw g JJ pas tu br g uptown.g bg twu kat mok jap lagi aku beli.

hah! lihat, nama gades di mesin cash deposit ialah
"gojez al unzaleh"
hahahaha.ni sume gara adik2 ku semata2.

*beby: si adek bongsu.
*gemo/bebeng: si adik bawah ku.

alkisahnye begini.
tersebut la kissaaahhhhh.... aibbbb!!!sang kancil beramai2.......
*tipu! =.=!!

si bebeng nie dah kemaruk sangat nak beli jam yang dalam die ade bolat..bolat..bolat tu.
bolat2 tu yang tarikh, saat, minit tu.

so, setelah g survey kat uptown semalam berbekalkan RM80 yang di bankin ke account si gojez tu kan. dah pusing, punya pusing, pusing lagi...
so jumpa la 4,5 kedai jual jam. bile tye harga berapa.

RM250
hah!!! bapak kau mahaaaaaaaallllllll....
nie uptown ke Mid Valley weyyhh??

and then call my bebeng.
gades: beng, jam tu mahal la.
bebeng: berapa harga?
gades: RM250 dan lagi satu kedai RM240.
bebeng: mahal nye!
gades: tak pe la. tgu aku dapat PTPTN nanti aku beli jam kat hang.aku beli kat butik yang ori punye! orang tgk pn x cakap jam hang lopek!
bebeng: ok la cm tu.tapi jam yg aku tgk tu jual kat downtown cheras bkn uptown shah alam.tp tak pe la. tp aku tak de duit nak bayar ratus2 kat hang beli ori.
*dalam nada sedih.

acually sangat sedih,sbg kakak yang baik hati nie,ye ke??
sblm nie si bebeng dh bagi Rm100++ kat si abg utk g beli. last2 duit ke mana, jam kemana. selalu si bebeng tye mama setiap kali mama call abang, abang nan dah beli ke jam tu mama. n then mama kata, sabar la. nanti abg nan beli ye.
sungguh tak sampai hati nak dengar. bukan ape,si bebeng sanggup tak makan, save minyak moto, kurangkan makan, bagi duit elaun Mara utk beli kan jam tu.
tapi hampa. nak wat cmne kan.

sbg kakak yang baik hati dan yang tak sampai hati ni.
i promise! nnt aku belikan jugak jam kat hang. aku belikan jam FOSSIL yang sangat cantek dan berkenan di hati semalam utk beli di mana2 butik jam.
tunggu ya adikku.


lihat! wajah kakak mithali.
ayu jekan??
ala..ala cekodok tak siap!


dalam list duit PTPTN perlu key in.

*Jam bebeng!


for beby: aku belikan Shirt je la eh.tapi bukan macbeth tu la.sbb hang dh ade.
*lagipon kopak la duit aku!!
aku beli kan Shirt uptown buleh tak? sbb sem lps aku bg Shirt New Balance n pencil case Converse supaya hangpa rajin belajar.

i all my brother

Friday, July 16, 2010

#25 ^sewel^


17 July 2010
Lokasi: UITM Shah Alam.

sungguh malu!! ape tak nye, 1st time masuk UITM dah wat pala sendiri.
dah la masuk area orang pas tu wat derkk je ikut akai sendiri.hahahaha
yang boleh di jadikan cerita, nak pergi Fakulti FSSR untuk beli buku yang Encek Ghazali suruh pergi tengok. at last bangun tido jam3 n siap2 n then go to guard UITM. bile dh tawu jalan, redah je la. mula2 smp jalan mati, pastu cari jalan sampai fakulti. time nak balik tu...

hah! mula la cerita. dari datang dan balik mmg gades yg drive, tapi mane nak tawu la kan. dengan jalan gunung ganang nye, bukit bukau nye, lincin lincau nye...
ahh! mcm blaja BM darjah 3 plak.
buleh plak lalu jalan one way!
hamikk kauuu...
jerit2 gedik dalam kete cam org kene sawan!
warrrhhh...warrrhhh..warhhh....
fuuhhhhh.....
1st car bagi light, 2nd car elak. so dok pikir diowg salah jalan ke smp line kanan pn masuk.
*dalam hati huiisshhh!! diowg nie x reti bwk kete ke!
after that, 3rd car bg light n honnn skali.
baru la tawu kitowg yg salah jalan!! hahahaha
sengal betul!
dgn cekap ala2 ulat gonggok pe ag! U-Turn ngn gaya cicak kobeng!!
hahahaha
lega...



nie la wajah2 yang jerit2 ala Angelina Jolie Karam Singh. hahahaha





gedik!


#24 ^kemalasan^

sangat malas nk pot..pet..pot..pet banyak2 bile mengadap lappy untuk menyiapkn assgnment ngn nada huh!!!
malasssssss!!!!!!
*bile nk rajin nye ntah bile.

akan di update entry akan datang bila hasutan syaitan tidak akan di pengarusi si gades untuk tido 44 malam, g tgk muvie setiap kali lounching muvie baru, pergi uptown, overnight di mekdi untuk lepak dan siap kn assgnment, tak lupa juga join si sahabat2 yg kecik chumel sume tu g tgk bola.
*sumpah tipu! bukan musim bola dh kan??
so gades xkn terhidu asap rokok, asap sisha, asap lori,asap kete, asap mesin basuh, asap kereta lembu.
ahh, tipu lagii..

btw, gades bukan kaki bola yg tegar.
bukan seperti mereka itu.

.gades ada hobi yang tersendiri.






Saturday, July 10, 2010

#23 ^about life and love^


Terasa sangat dalam keseksaan bila rakan2 gelak tawa, rakan serumah, rakan menangis,
rakan kecewa, rakan yang lepak dataran, rakan yang g tgk muvie sama2, rakan yg sesat untuk mencari destinasi tempat makan, rakan ponteng class dan pergi melaka bersama, rakan gadoh2 sbb jeles ade jejaka kacak usha antara kami. . . . .
SEGALANYA lahhhhhh!!

lihat kasih sayang yang melimpah ruah antara kami, tiada salah, tiada cacat cela nya tapi gades sangat emosi dan EMOSI!!! apabila antara kami die kecewa kan dan disakiti.
kau buleh tak?? buleh tak jangan seksa dia lagi?? hah!! aku sakit, sahabat aku sakit!!
sahabat2 aku yang lain pn sakit!!
stop it right now! enough!!
kau sakiti die, kami pn rasa tahu!!







' Raihana Akmal/ kak Hana'
'Mariani/ kak Ma'
'Anis Baizur Idayu/ kak Anis'
'Hamizah/ miezah'

*ingat lah dan sematkan peringatan ini untuk diri kita untuk selamanya.
supaya kita beringat. sayangi diri sendiri sebelum hendak menyangi orang lain.

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

•Disaat kamu mulai tidak mencintainya...ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

•Disaat kamu mulai bosan dengannya...ingatlah selalu saat terindah bersamanya

•Disaat kamu ingin menduakannya...bayangkan jika dia selalu setia

•Saat kamu ingin membohonginya...ingatlah disaat dia jujur padamu



•Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu


•Yang indah hanya sementara

•Yang abadi adalah kenangan

•Yang ikhlas hanya dari hati

•Yang tulus hanya dari sanubari

•Tidak mudah mencari yang hilang

•Tidak mudah mengejar impian



•Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga


•Ingatlah pada pepatah,
"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

•Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif

•Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya sirna tak berbekas

•Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..
Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan

•Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani

•Jangan terlalu perhitungan

•Jangan hanya mau menang sendiri

•Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita

•Belajarlah tiada hari tanpa kasih

•Selalu berlapang dada dan mengalah

•Hidup ceria, bebas leluasa

•Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan

•Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan

•Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.


beralah lah apabila konflik itu akan berakhir dengan kebahgiaan.
lepaskan lah apabila konflik itu akan berakhir dengan kesakitan yang berganda.






Monday, July 5, 2010

#22 ^ journey^


Malacca!
ohh sangat teruja pergi melaka.
last pergi masa zaman kanak2 lagi..
ngok ngok ngek lagi time tu kan.
skrg nie. amik kau!
dgn tak bagi tawu mama nye, selamber katak je pergi.
*maaf mama ya!
acually, ade kisah di sebalik tabir yg menyebabkan kami mmbuat keputusan last minit nak pergi sana.but, so difficult to i say here. . .
sbb bkn kisah sensasi diri gades tp melibat kan hal org lain.
karang kepanasan plak. baik berdiam diri sambil dlm kepala gila,
ahh! nak pergi melaka lagi.


bukan berseorangan. . . .


tapi kami bertiga!


Friday-Saturday
2nd-3rd July 2010

ahh sengal.
jumaat/2nd july
dari Shah Alam: 3 p.m
sampai melaka: 5 p.m
Shah Alam to Seremban: Hanna Maya driver.
Seremban Melaka: Gades driver.

lagi sengal!!
sabtu/3rd july
dari melaka: 3.45 a.m
sampai Shah Alam: 5 a.m
Melaka to Shah Alam: gades drive.
* cibet ahh! padahal br dapat lesen x berapa hari je.
see the leg ah!

tapi ape motif eh pergi melaka. mula-mula dalam fikiran.
ahh! ape ade kat melaka, dulu rombongan tadika je pergi sana. hehe

"time tadika : mama, tak nak la pergi rombongan tu. asik2 pergi tgk banggunan burok, tgk kapal besar yang org letak atas darat,tgk pak cik beca yang ade sangkut macam2 kat beca dia siap radio lagi tp kami tak buleh naik, pas tu yang pergi tgk ade kepala keretapi dgn kapal terbang kecik tu je. pas tu makan nasi lemak yang cikgu bawak yg mak cik kantin masak tu makan ramai2 dekat mane2 padang. kalau dpt mkn makanan sana sdp jgk!
itu je la yang ade mama.tak best! bohsannnn. . . . "

time dah besar nie, hah!! baru aku tawu melaka dah market skrg!
ade macam2 plak tu. ade kampung yg rumah chumel2 kat kg. mortem tu, ade ikan bakar sedap, ade jungker walk, ade dataran pahlawan, ade cinema bernama pelik dan jelik! dan yg pasti sangat teruja dan menjerit dalam kereta!

gades: akak!! kapal nie ke yg miezah pnh masuk dulu yg miezah cite tu? kecik je!
hanna maya: wehh sengal! time tu ko dtg time tadika. badan ko kecik mane?tu yang ko rase kapal nie besar. tapi skrg ko dah besar gajah mane? tu ko rase kapal nie kecik! ngek.
gades: sungguh! aku tertipu rupenye dgn saiz sbnr kapal yang ade ats darat tu. bongok!


mungkin ini salah satu motif utama ke melaka. . .
hurmm. . . . .


mungkin ini pendedahan awal. nak tawu lbh lagi, tunggu entry akan datang.
akan x-ray dari A-Z. di bongkar segala cerita gembira dan gedik belaka ketika dah besar ini.
bukan zaman tadika lagi okeh!
ape agak nye motif2 lain ye. . . .
(*.*)????

f i k i r
f i k i r
f i k i r
f i k i r