Tuesday, February 18, 2014

#76 Ya Allah, Seruan Allah buat ku.


 Bismillahirahmanirahim. 

Syukur ada kesempatan lagi nak menaip tapi tersengguk sengguk juga lah. Tengah mood bergelombang bergelora boleh pulak buka new tab lain cengkonon nak tengok 3 minit je 3 minit je. a'ah dah memang tak boleh percaya pada diri sendiri dari awal lagi.. hm berejam kat new tab tu sampai wujud lah new tab dan new tab dan new tab yang lain sehingga boleh pergi register nama sendiri untuk join Taiping Fun Ride 2014.

Kepada korang korang yang ada basikal sebiji kat rumah  bersama cucoq kembung dan cakoi kat sekeliling pinggang (lemak lemak di sekeliling pinggang) tak kira lah harga basikal korang dari harga RM199 beli kat Giant or Tesco sekali pun bawa bawa lah basikal tu pergi kayuh supaya bercerai talak 3 lah cucoq kembung dan cakoi dari pinggang tu. 

haaa dah tetiba pot pet pot pet pasal basikal pula. Nak bagi tahu nie. 16 March 2014 nie ada event kayuhan melawat bandar bersejarah Taiping sejauh 41KM. wahhh mesti hebat kayuh sejauh tu kan *dalam hati "baik naik motor. kayuh buat penat ja -_-" cehh kayuhan dalam Taiping je pun. itu pun nak pot pet pot pet kat dalam hati tu kan. isk isk isk tak baik tak baik. 

Registration RM80 je. Jeeee. ye lah. je! Daripada habis beli ubat diet yg tak pasti berkesan ke tak tu kan. Event nie happening sebab sambil kita kayuh akan ada satu speaker yang akan jadi leader dan akan berhenti di setiap checkpoint yang merupakan banggunan bersejarah di Taiping nie. Tak rugi kan? Sambil kayuh basikal, sambil tambah ilmu sejarah. cewahhh.

So kalau rasa macam nak diet dengan jalan pintas. Mari lah join. Saya register as individual. relax brader brader relax je. ehem *kot ada jumpa jodoh nanti ekekekeke dah lah, pergi klik kat Taiping Fun Ride 2014 nie kalau nak tahu selanjutnya.






Alhamdulillah, ini baru nak cerita pasal Seruan Allah buat saya. 
Sekarang saya sedang menghabiskan masa membaca buku agama je sebab nak prepare mentally and physically untuk menunaikan umrah 26 Februari 2014 bersama mama ayah tersayang. Doakan saya selamat pergi dan balik. Insyaallah saya doakan yang terbaik buat semua :D

Monday, June 24, 2013

#75 Merdeka!


Assalamualaikum. hi.

Dah nak setahun kering idea dan meninggalkan laman sesawang hingga bersawang. Sibuk dengan belajar, dengan keluarga, dengan suami dan anak-anak.

Finally dah berjaya tamatkan Degree *\o/*  (sorak gembira beramai-ramai!)
December 2013 habis belajar dan curah segala masa titik peluh lopak ketiak, tenaga, masa tidur segala untuk Final Semester dan Degree Show. Alhamdulillah berjaya hingga ke saat terakhir bersama keluarga, kawan, Lecturer dan Unisel. 
Thanks a lot. 

After that terus kerja di Johor Bahru, company Singapore as Web Designer. heh! tak pawer sangat pun buat website tapi bila diberi kepercayaan oleh company cina Singapore so yaw yaww bangga sikit lah kan. Tak pandai pun buat-buat pandai. dah dia gedik nak hire kite kenape kan.

Sekarang nie terus bekerja dengan kebebasan. eh. kerja tapi bebas. macam mana tu? haaa kerja senang je (nampak senang, nampak je la)

Working Day : 4-5 day/ week (honeymoon je kite)
Working Hour : 12pm - 8pm (but ikut suka hati mama ayah tok wan nenek kite nak masuk kerja jam berapa dan pukul berapa pun)


heaven tak? a'ah heaven sangatttttt. apapun bersyukur. kongsi rezeki yang kita dapat bersama keluarga dan orang yag susah. hulur lah sikit dekat adik-adik, belanja mama ayah dan family makan sekali sekala. belikan mama bekas kotak tisu. ehh haha

walau sejauh mana kita berada, setinggi mana kita berdiri, yang pasti ingat family.
take care awak-awak semua.  Doakan saya berjaya dalam kehidupan dan saya turut doakan anda juga berjaya. insyallah. amin.


Monday, September 24, 2012

#74 Move on...

Dah habes raya.
Masih rindu saudara mara, sepupu sepapat ikan sepat.
Move on. takkan nak raya setahun kot kan?

Dua hari lepas, Sabtu dan Ahad. 15 & 16 Sept 2012. Berlangsung KLIFGT.
Tahu tak menatang apa nie? Spesel je nama haiwan nie kan?
KLIFGT nie Kuala Lumpur International Fixed Gear Tournament. 
Nak tahu maksud nya? google sendiri. hehehe
Macam kejam sangat je. KLIFGT nie pertandingan basikal di Velodrom Cheras. Sebelah Downtown Cheras tu. Serius seronok, enjoy. kawan-kawan Thailand turun Malaysia. Ramai gila mereka.
Kami bersaingan main dan lumba macam-macam. main baling selipar la, main guli lah. eh! hehehe
dah mesti la main basikal.  
Tapi biasa la. Tiap event mesti ada good feedback dan sebaliknya. 
Ending event, masa penyampaian hadiah shit, serious shit mcm shit. apa shit shit nie kan? 
only one word. SHIT! 

Tak pernah rasa bengang dengan event yang sponsor beratus ribu tapi banyak hadiah seperti shit. Padahal saya pun buat banyak event, saya manage sendiri semua. tak ada shit macam event nie. Harap bersabar je la kawan-kawan yang dekat dan yang datang dari jauh semua. 

Walau bagaimanapun, ewah bahasa kau!  kawan-kawan yang dari Thailand di entertain oleh kawan-kawan di Mesia bawak mereka Tour ke JB dan Singapore. Yang funny nya, diorang sewa dua van. semua 17 orang. Satu van penuh muatan basikal je. fuhhhh. 17 basikal dalam 1 van. bayang kan je la. hahaha. saya ada class tak dapat ikut. Geram pun ada sebab pukul 1:30am nie diorang tak balik lagi dari SG. masuk sana pukul 9am tadi. takpe la, asalkan enjoy. Tapi kesian Dew injured, kaki rabak.  Rindu mereka-mereka. 

Tunggu gambar di upload kemudian. 

Thursday, August 16, 2012

#73 ^Persiapan Raya^

Pagi di Taiping sangat mendamaikan. 
Tambahan pula lagi berapa hari nak raya. Mama masih mengajar. Sekolah mama belum cuti. Pagi-pagi mama dah pesan. kakak basuh langsir, kakak kemas rumah, kakak alih ini, kakak alih itu. 
hermmm. meriah nak raya. 

Perancangan raya nie pada raya ke-4 nak ke Kuala kangsar hantar rombongan merisik untuk abang. 

Saya masih single. itu je nak cakap. ok bye. :)

Wednesday, August 15, 2012

#72 ^375 days^

Assalamualaikum dan Salam Lebaran.

Selama tiga ratus tujuh puluh lima hari (berkurun) saya meninggalkan blog sendiri dengan usaha menumpukan pada pelajaran. cewahhh. nampak sangat menipunya. Tapi macam wahhhhhhh! hebat nya sibuk sampai abaikan blog. Kalau bf lah macam nie entah dah kawen anak berapa lah dia kan... 

Actually sejak ada twitter dah tidak bergiat aktif nak nulis2 kat blog nie. Kesian blog gigibesi nie. Nak buat macam mana kalau kemalasan dah mencanak naik dalam diri. Harap blogwalking kat blog mereka yang power-power sedangkan blog sendiri biar bersarang. Entah dah berbagai jenis haiwan di ternak setakat nie. 

Insyaallah banyak perkara yang nak share. Moga kemalasan menjunam turun.

Selamat Hari Raya

Tuesday, July 5, 2011

#71 ^dusta kau sungguh jijik dari iris ku^

saya punyai kesayangan saya sendiri.
sahabat saya. kekaseh saya. jiwa saya.
tak lari dari kesibukan kota tempat peninggalan walaupun hanya menjengah suku kekotaan.
walaupun pekikan dan lolongan sang sahabat yang sering meluahkan cebisan kata-kata dusta dan nescaya saya terima segala.
sayang sahabat. rindu sahabat.
dipeluk dipegang dipandang ditendang.
sahabat disayangi itu bukankah perlu dihargai? perlu disanjung?
di turuti? bukan untuk dikasari. tapi hingga bila?
ada tika kita puas bila ianya benar-benar menyesakkan dada. hingga kita rasa aman damai tanpanya. bersua di laman maya yang akhirnya kita kurangkan pahala serta memakinya apabila kita sungguh jelik dengan pekik dan lolongan mereka yang sungguh mengguris hati.
kite leka dengan dunia yang makin mengagngu emosi kita. kita terpengaruh dengan segala. sampai kita akan alpa dengan sahabat kita, yang sedetik cuma kita berjaya meyakinkan yang kita sempurna hingga kita rasa boleh mula lupakan segalanya...
sampai masa kebenaran terbentang luas. segalanya dihisab, justeru perlukah jari di manfaat hanya untuk orang? hah. baik dan mulia spertinya...
akhirnya ia nampak songsong kerana ia bukan dimanfaatkan untuk bekerja meraih pahala tetapi di sangkal dengan dihulu kan pada manusia lain. amboi. khilaf nya..
sememangnya jari untuk dituding?
sesengkang mana pun manusia akan di bekalkan agama, iman, akal. pilihlah jalan yang diredhai.
Tak guna
membuka buku
menutup mata.
Kan elok
menutup buku
membuka mata?

segala boleh diperbaiki. mudah-mudahan.
InsyaALLAH.


sedikit kata-kata nista.
maaf dipinta jika ada yang terasa.
ok. dah boleh stop merepek. bye!

Sunday, June 19, 2011

#70 ^bila la kawan saya nak tolong^

Actually dah malas nak update blog sbb bosan tgk blog sendiri dah macam hape lagi.
mood tak ada. tahu tak? bukan boleh nyanyi lagu 'bapaku pulang' dan secara automatic je mood tu datang terkedek-kedek. memang tak la jawabnye. blog nie dalam proses tunggu reedit and di renovate balik blog nie..
insyaAllah tunggu seorang sahabat saya nie membantu. Doa banyak2 moga dia simpati sama saya, sanggup tolongin gua ubahin sama laman sawang saya iyaaa. gua kepingin dia membantu gue.. mudah-mudahan leee..
pasal nak nyanyi lagu bapaku pulang tadi, in the same time nk wish Selamat Hari Ayah! kali nie x nk cite2 sedih dah.
sbb nanti mesti nanges2 lagi. dah. tu je. kalau ayah or mama or adek beradek yang baca nie. nanti kakak rahsia2 lah message ayat2 touching kat ayah. mana boleh kasi tahu kat tontonan umum. ok dah. tu je. bye!