Thursday, August 16, 2012

#73 ^Persiapan Raya^

Pagi di Taiping sangat mendamaikan. 
Tambahan pula lagi berapa hari nak raya. Mama masih mengajar. Sekolah mama belum cuti. Pagi-pagi mama dah pesan. kakak basuh langsir, kakak kemas rumah, kakak alih ini, kakak alih itu. 
hermmm. meriah nak raya. 

Perancangan raya nie pada raya ke-4 nak ke Kuala kangsar hantar rombongan merisik untuk abang. 

Saya masih single. itu je nak cakap. ok bye. :)

Wednesday, August 15, 2012

#72 ^375 days^

Assalamualaikum dan Salam Lebaran.

Selama tiga ratus tujuh puluh lima hari (berkurun) saya meninggalkan blog sendiri dengan usaha menumpukan pada pelajaran. cewahhh. nampak sangat menipunya. Tapi macam wahhhhhhh! hebat nya sibuk sampai abaikan blog. Kalau bf lah macam nie entah dah kawen anak berapa lah dia kan... 

Actually sejak ada twitter dah tidak bergiat aktif nak nulis2 kat blog nie. Kesian blog gigibesi nie. Nak buat macam mana kalau kemalasan dah mencanak naik dalam diri. Harap blogwalking kat blog mereka yang power-power sedangkan blog sendiri biar bersarang. Entah dah berbagai jenis haiwan di ternak setakat nie. 

Insyaallah banyak perkara yang nak share. Moga kemalasan menjunam turun.

Selamat Hari Raya